busy....

Salam....

it almost the end of semester.
and OMG, too many assignment.
i got 7 projects to be done. *crying
hampir setiap malam ada discussion.
my weekend full with discussion.
student life....
(perasaan beberapa minggu yg lalu)

now, 6 down and one left!
yeay! imma happy girl.
but still have a couple of quizzes and tests this coming 2 weeks.
and ada 3 presentation lagi.
im dead.
apapun kena hadapi dgn senyuman.
today "AGAK" free sikit.
sbb idk mau buat apa lagi.
kena tunggu teammates hantar documents dorang. then compile.
tp part aku pun belum siap jg. sob sob.

and today hari pendaftaran di KML.
well, juniors, welcome to KML.
have fun there. hahaha!


I miss home.
I miss mom.
I miss dad.
I miss my annoying siblings.
I miss my cousins.
I miss my bestfriends.

see you guys on end of June.
cant wait!

Renungan...


Salam...

baru ja beberapa jam lalu aku dapat berita kawan satu KML dulu kembali ke pada-Nya
biarpun aku tidak kenal, tp mmg rasa sedih.
2 sd pergi dan 2 lagi critical.
Al-Fatihah...

sorang lelaki ni aku selalu nmpk dulu. 
mulanya aku fikir dia ni org Sabah, sbb mukanya mmg mcm muka cousin aku
tp bila dngr dia ckp, org Sarawak pula. 
even pun tidak pernah tegur, 
he seems like a nice guy. 
mmg sedih..

dan
ini buat aku berfikir, bukan seketika
bila pula masa aku nanti?
macam mn aku mau hadapinya nanti?
aku belum sedia lagi untuk semua ini.
tp malang memang tidak berbau.
bila ajal sudah tiba, mmg pergilah kita
tapi ketibaan ajal tu rahsia-Nya

bila senang, kita lupa pada-Nya
bila susah, baru sibuk mencari, berdoa.
tp jika Dia tidak bagi kesempatan itu? 
*merenung seketika

setiap hari, pasti kita akan di uji
bnyk ujian. tidak pernah putus.
sama ada kita terima atau cuma berputus asa.
jika kuat, menang la kita
jika berputus asa, menang la dia.

Dia pasti akan tolong kita,
sama ada senang, susah, Dialah yg akan setia membantu, mendengar
tp kenapa kita masih sombong kepada-Nya?
mungkin terlampau banyak kesenangan yg di anugerahkan?
dan mungkin kita terlampau terleka dengan kenikmatan dunia.

manusia mudah lupa, mudah bangga
bila di beri kesenangan sedikit, mula riak. 
tapi, memang tidak boleh disalahkan
memang manusia di cipta tidak sempurna
cuma kewajiban manusia sendiri untuk memilih jalan untuk mewarnakan kehidupan sendiri
jika salah jalan di ambil, maka salah la dia.
jika betul, tidak semestinya akan betul selamanya
kehidupan ibaratkan roda,
adakalanya kita di atas, menyanjung tinggi diri sendiri
adakalanya kita di bawah
dan adakalanya, kita jatuh dan tidak dapat bangun.

It just something yg kita tidak dapat duga dlm kehidupan.
perlu redha dan selalu ingat pada-Nya
in shaa Allah... 

Life as a Computer science student

Bila cakap ja aku budak computer,
memang orang akan expect kau tau semua dalam computer, semua.
well at first aku ambil computer subject masa secondary school pun aku expect benda yang sama. kononnya, belajar hacking, buka compter, tau every single thing dlm computer.
tp expectation tu hanya sampai di situ
bila kami cuma belajar basic things about computer.
okay laa. at least kami tau juga kan.

bila masuk Uni ni,
org lain pula expect benda yg sama dgn budak computer.
bila connection fail ja, cari budak comp.
bila lappy tiba2 off sj, cari budak comp.
bila ada fail something, cari budak comp.
sometimes benda kecil pun, cari budak comp.
they expect us sebagai Doctor Computer.






tp cannot salah kan them jg.
if comp rosak mmg kena cari org comp.
but... we are actually belajar pasal buat coding, belajar documenation, belajar networking.
belajar baca binary code. belajar kira.
belum lagi belajar dalam2 computer.
ilmu masih sedikit.

at first aku fikir, computer course ni bnyk practical than teori.
but im fully wrong.
bnyk lagi kena hafal. terumtama budak software.
sedih. sudah la aku lemah sngt menghafal.



aku tulis entri ni sj nak kongsi perasaan budak2 computer.
tp mmg fun jg. dan rasa dihargai bila ada org tanya. no hard feelings. just mau kongsi. hihi :)

Budak kampung ke bandar

Assalamualaikum..



saya berasal dari Sandakan, Sabah
and peninsula people known Sabah and Sarawak negeri hutan.
cannot deny jg. its true. tp, kami jg ada bandar besar like KK and Kuching.

dari pengalaman,
setiap kali org tanya aku, asal mn?
bila jawab dari Sabah. "oh, Sabah Bah" ????
tidak boleh salahkan juga. only org Borneo sj know how to use it correctly.

kadang kala ada jg soalan cepumas aku dapat.
"datang sini naik apa?" "di sana ada ini?" "jalan di sana bertar?" ok fine. aku angguk dan senyum.
dan bila dorang mau becakap pun, keluar slang indo.
dorang kata, org sabah bercakap mcm indo. especially aku. ??? ok another fine.
dan lagi, bila mau ckp ada perkataan BAH.
mmg tetap dan akan salah parking. hoho. yes, just another fine.
bukan nak salahkan mereka yg bertanya, sbb mereka pun tidak pernah dtg borneo.
well, Im one of the luckiest sbb dpt belajar di sini. rasa jg aku keadaan di sini.

but,
lama2 aku rasa best jg di sini. keluar jg aku dari tempurung aku.
aku ingat lagi kawan aku cakap,
"Aku bangga la ada kawan Sabah. Kamu la org pertama kawan aku dari Sabah"
bertapa terharunya aku.
they pun terima jg aku seadanya, biarpun setiap kali aku bercakap tidak di faham.
dorang kata laju btl. hohohoho

sebenarnya, apa yg ada di sini ada jg di Borneo.
cuma ada sedikit berbeza.
di sana ada tuhau, di sini ada budu, tempoyak.
di sana ada emplang, di sini keropok lekor yg mmgnya keropok.
tidak banyak jg perbezaan.

this entry bukan mau memburukkan sesiapa atau niat lain.
just mau kongsi pengalaman aku,
yg kononnya aku ni seorang budak kampung yg baru keluar bandar.

sebenarnya, niat menulis entry ini,
mau cakap yg aku rindu dgn Sabah.
Rindu makanan. ikan bakar.
well, hidup mesti diteruskan.

Sabah tatap di hatiku.
Sabah tanah airku.


#PrayForMH3670



Assalmualaikum....





now, semua org tengah bersedih dengan kehilangan kapal MH370.
berat kita rasa, sakit lagi org yg mempunyai keluarga dlm kapal itu.

banyak cara sudah di lakukan.
tapi kalau yg Esa belum membenarkan, ia tidak akan muncul.
doa sj yg kita dpt beri.

baru2 ni, Uni kami buat solat hajat beramai2 d surau-surau d setiap blok dan masjid.
hajat di pinta, tp sampai sekarang belum lagi di temui.
memang ada hikmah semua ini. pasti...
banyak jg andayan yg d beri, tp ianya cuma andayan.
kebanyankan andayan di buat dengan menuduh pihak2 yg terlibat sbb mereka kononnya dalang ini semua.
mereka sengaja menyorokkan kapal itu.

tp logiknya, kenapa perlu melibatkan orang2 yg tidak berosa dalam kapal itu?
sebabkn politik? duit?
pada pandangan saya, tiada kena mengena dngan semua itu.
ini kuasaNya. Dia tahu apa dia buat, dan mengapa Dia buat.
kita seharusnya bersatu, bukannya menyalahkan org lain.
mungkin salah satu sebab kejadian ini berlaku sebab ingin kita bersatu?
zaman sekarang ni, rakyat negara kita semakin berpecah belah.
sama ada sedar atau tidak.
kita mengutuk, mencaci org lain. padahal kita duduk d satu bumbung.
satu tanah yg memberi kita rezeki.
no hard feeling, just bagi pandangan.

dan yg sangat memalukan negara, apabila ada bomoh yg buat upacara mereka d airport.
yg kononnya mahu mencari lokasi sebenar kapal tersebut.
kenapa ini berlaku?
dan kenapa di benarkan mereka berbuat demikian? sungguh menyedihkan.



i can feel org2 Malaysia yg tinggal d luar negara.
di mana mau letak muka? mungkin mau mengaku pun tak sanggup.
sedih...

ini bukan shj memalukan negara, tp mengubah pandangan agama lain terhadap Islam.
kita yg duduk sini mungkin faham dengan situasi ini.
tp tidak d negara lain.
mengapa perlu?  sedih.



apapun, keep praying for MH370.
amin...